SA SENTRAL NEON RUN 2024


Registration Duration
25 Jun 2024 - 30 Jul 2024
Event Dates
07 Sep 2024 07:00 PM
07 Sep 2024 11:00 PM
Event Venue
DATARAN SHAH ALAM, SELANGOR
Race Kit Collection
07 Sep 2024 09:30 AM - 07 Sep 2024 06:00 PM
Race Kit Collection Venue
Galleria SA Sentral, Shah Alam, Selangor
  • Event Information
  • Registration Fee
  • Entitlements
  • Lucky Draw
  • Race Pack Collection
  • Terms & Conditions (T&C)
  • Organiser's Contact

Event Information







Registration Fee






Entitlements










Lucky Draw





Race Pack Collection





Terms & Conditions (T&C)


  • Pengenalan

    1.Program SA SENTRAL NEON RUN 2024 ini adalah anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

    2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan pemaustautin tetap yang berumur 7 tahun dan ke atas.

  • Pendaftaran

    1. Pendaftaran bermula 1hb Julai 2024 dan akan berakhir pada 7hb Ogos 2024.

    2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia & Heyjom. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.

    3. Kategori yang di tawarkan larian 3KM dan 7KM Santai.

    4. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti larian. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.

    5. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telefon yang dibekalkan.

    6. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz.

    7. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email.

    8. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.

    9. Tiada pertukaran saiz T shirt akan diterima selepas tempoh 24-jam daripada penghantaran email pengesahan.

  • Penyerahan Kit Larian

    1. Penyerahan kit larian akan diadakan pada 07hb September 2024 di Galleria SA Sentral, Shah Alam, Selangor. Dari 09.30 pagi hingga 06.00 petang.

    2. Bagi kit larian yang gagal di tuntut selepas 07hb September 2024. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

  • Aktiviti Larian.

    1. Aktiviti larian akan diadakan pada 07hb September 2024 jam 8:45 malam.

    2. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.

    3. Setiap peserta hendaklah mengikuti arahan pegawai dan marshall bertugas sewaktu acara berlangsung.

    4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kecederaan, kerosakan, kematian atau apa-apa kerugian lain sepanjang acara dilangsungkan peserta juga dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka sihat tubuh badan.

    5. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.

    6. Cut off time 2 jam

    7.Peserta juga digalakkan untuk membawa 'glow stick' bagi memeriahkan lagi pencahayaan malam di sekitar lokasi pelepasan dan penutup dan juga sepanjang waktu program berlangsung.

    8.Sijil penyertaan boleh di muat turun 7 hari selepas program iaitu pada 14hb September 20245. Peserta juga perlu mengambil langkah – langkah pencegahan dan keselamatan yang patut bagi mengelak perkara – perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu program berlangsung.

  • Cabutan Bertuah

    1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan

    2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut: -

    - 1x Motosikal
    - 1xTV 44 Inci
    - 1x Basikal Lipat
    - 1x 'Rice Cooker’
    - 1x Kipas
    - 1x Pengisar
    - 1x Pengering Rambut
    - 5x Hamper

    3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.

    4. Sesi cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat acara larian dan hanya peserta yang berada di lokasi cabutan layak menuntut hadiah cabutan.

    5. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.

  • Lain – Lain

    Pihak penganjur berhak untuk menukar,meminda atau menambah apa-apa terma yang difikirkan perlu bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. sebarang bentuk perubahan akan dimaklumkan di FB Page Pertubuhan Nadi Sihat dan ianya dianggap diterima oleh semua peserta. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019 269 0094, 019 287 0094 dan 014 234 5993.


Organiser's Contact


  • Company Name : PERTUBUHAN NADI SIHAT
  • Contact Number : +6014-2345993 / +6019-2870094 
  • Email : nadisihatofficial@gmail.com